BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 31, 2012

There's a happiness behind the saddest


Saya sedih~ (poyo je shira nie !~)
Sorang dari keluarga saya (ayh sdara saya) sakit . Kesian dia kene heart attack . mak saya kata dia teruk . Bila je dapat khabar yang dia sakit , saya terus terfikir sepupu saya . Cuba kalau saya ada kat tempat diorang , mesti sedih sangat ! tapi , saya tak boleh nak tolong apa2. i can't cure him ! i can't treat him ! saya tak boleh sembuhkan dia , saya tak boleh rawat dia . i can only pray for him . I hope he will recover from his illness. 



To his family , patient okay ? this illness is test from Allah to him . termasuk awak juga . Awak tak boleh menyembuhkan dia , tapi awak boleh mendoakan dia . Dont give up. keep smile and grateful to Allah  :)

sekian , ASSALAMUALAIKUM


Saturday, December 29, 2012

Islam itu Indah (2)

ASSALAMUALAIKUM :)

Alright , now saya nak kongsi cerita pasal orang yang baru masuk islam . Ni kali kedua saya post pasal ni . check It Out !

NAMA: Muhammad Danial bin Abdullah
NAMA ASAL : Edwin Hensel
tinggal : Tinggilan , Tamparuli , Sabah
Agama Asal: Kristien (protestan)
seba2 masuk islam : keyakinan erhadap agama Islam 
                               Islam mempunyai penjelasan tentang setiapperkara .

  Sebelum Muhammad danial memasuki Islam , dia mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam untuk selidik agama islam . Semasa dia berada di Sekolah Asrama penuh , dia sering bertanya tentang agama islam . . Dari situlah bermula keinginannya untuk mengetahui islam dengan lebih mendalam.
Dia juga mula mempelajari islam melalui rakan . Danial mempunyai rakan baik dari kelantan . Dia sering bercerita tentang islam kepada Danial . Kini rakan baiknya itu menjadi isterinya .

Cabaran masa memasuki islam ..

Cabaran pertama yang dihadapi oleh Danial ialah dirinya sendiri . Walaupun dia yakin dengan kebenaran islam , tetapi Danial sering memikirkan tentang apa yang jadi selepas itu . Pertama , pandangan keluarga . Kedua , pandangan rakan2 dan yang paling penting , cabarannya ialah Danial perlu cuba memahami dan mempelajari syariat yang diajar oleh islam contoh : 
 "kenapa perlu kita ambik wudhuk , then kita terbuang angin (a.k.a melepas) wudhuk kita batal "

statement dia tertanya2.. Walaupun ramai rakan2nya beragama islam , tetapi tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan hati . jawapan rakan2 dia : " memang ikut mazhab syafie " / "islam ajar macam tu , ikut je la" . Jadi dia mencari sendiri jawapan itu , dan jawapannya "kita perlu mengambil wudhuk semula untuk menjaga kualiti solat" 

  Selain itu , cabaran kedua memeluk islam ialah keluarga . Apabila Danial memasuki islam , dia memberi tahu kepada ibunya bahawa dia telah memasuki islam . Ibunya menangis . Hal ini kerana Danial memberitahu ibunya dia tidak mempercayai jesus itu tuhan . Ayahnya salah seorang ketua gereja di kampungnya ,
membawa Danial pergi berjumpa dengan Paster (orang yang ada kat gereja) kerana berasa danial terkena ilmu hitam . Paster digereja tidak dapat menjawab soalan2 tentang ketuhanan , warisan2 dosa , atau cara penyaliban Nabi Isa itu sendiri . Paster banyak memberitahu Danial tentang penentangan terhadap agama islam seperti " kamu tidak boleh mempercayai nabi Muhammad S.A.W kerana ia tidak disebut dalam Bibel" Paster juga memberitahu Danial bahawa Islam ialah satu agama berhala yang menyembah bulan dan bintang . Tetapi Alhamdulillah , pengaruh atau nasihat Paster tidak diendahkan sama sekali . Akhirnya keluarga Danial menerima Danial walupun berlainan agama .

NASIHAT DANIAL KEPADA ORANG ISLAM YANG LAIN

cubalah memahami dan menghayati islam dengan 100% . selain itu , umat islam perlu cuba memahami hikmah    syariat islam . Contohnya 'kenapa kita kena solat ' Hal ini kerana supaya kita merasai kemanisan Islam itu sendiri .

Alhamdulillah , saya harap moga Allah merahmati saudara kita ni . Okay ..ASSALAMUALAIKUM :)

p/s : year 2012 dah nak pergi . 2013 is coming soOn!!

Wednesday, December 26, 2012

Azam 2013

Assalamualaikum,
So, entry 4 this time is AZAM. azam yang kat idola kecil 2?no no no !~ (okay da mengarut)
Okay , new year,new intention,new everything~ 

*tepi saya, sepupu :) tau takde kene mengena ;p

tahun nie , saya tak nak jadi saya yang dulu . no shahira yang dulu . 
Azam saya ,

 1)nak belajar bersunggguh sungguh sampai ke menara gading hingga ke puncak gunung everast(okay mengarut). Tahun depan dah masuk form 4 . Form 4 ni la masa depan akan  ditentukan oleh kita sendiri yang tidak mampu diatur oleh sesiapa pun termasuk ibu dan bapa kita sendiri . Mereka hanya membantu . right ? So , For the SPM nanti , saya nak kasi pecah la ! sampai koyak kertas tu . haha. result for PMR saya tak bagus pon , just 3 A's je . A?math,bm ,agama. Hrm , boleh ke ambik kelas account ? Klau boleh saya nak blajar elok2. Couple ? of course la tak nak . Exam pon dah tah ape2 tetiba nak ber 'couple'. sorry ye , pi main jauh2. =,=


2)mantapkan diri dari segi agama
Kalau boleh , saya nak dekatkan diri lagi dengan agama . Jujur saya cakap , saya bukannya selalu baca Al-quran . Tapi, sekadar membaca surah Yassin . tahun nie, saya nak baca al-quran sehari sekurang kurangnya sepuluh ayat . Saya bukannya tak reti baca. Reti.. tapi ?huh~ then , saya cuba untuk berdakwah dengan mengepost atau menghantar atau me.. lagi tentang agama2 nie . insyaallah kalau saya tak busy dengan belajar .  Aamiin..

3)Anak yang solehah
insyaallah saya akan cuba yang terbaik dari yang terbaik suapaya menjadi anak yang hormat dan patuh serta taat kepada ibu bapa saya . BAGI BALIK HAK KAMI!!(nonsense =,=)

4)Pelajar dan rakan yang baik :D
huh! pelajar yang baik ? macam nerd la..? nope! sya nak jadi pelajar yang baik , dan bukannye nerd. kalau bab2 langgar peraturan , sikit2 okay la .hehe.. PERATURAN UNTUK DILANGGAR..haha. salah tu!rakan yang baik pulak , saya akan menjaga tutur kata saya dan beradab kepada sesiapa saje. guru , pelajar , semua lah! hihi

okay , sebenarnye banyak lagi , takkan la nak cakap semuanye kan ? hehe.. insyaallah saya akan cuba yang terbaik. PEACE yaw! 
sekian , assalamualaikum :D

Saturday, December 22, 2012

Baby sitter ;)

Assalamualaikum :)

hrm.. sebulan cuti ni , saya habiskan masa jadi baby sitter je. Penat ? takdelah :) of course la penat . my mom ?work ,work ,work. my dad ? work ,work ,work . I ? no work, no work , no work . who say?  Dengan tenaga yang ada dalam diri saya nie , saya memperkasakan diri untuk mengawal rumah . With 1 cousin , 2 younger sisters , 1 younger brother ... i have to handle it . hrmmm... banyak tau kerja saya kena buat ... so, saya pun mula mengemas rumah yang saya ingat tak berapa nak besar with 3 tingkat .

1)KEMAS RUANG TAMU :)
*GAMBAR HIASAN UOLLS!~

2)MASAK :)
*GAMBAR HIASAN LAGI LA~

3)KEMAS BEDROOM =,=

*i punya bedroom tak lah teruk cam nie ..

huh! Rumah yang saya kata tak besar 2 la tetiba jadi besar macam istana . turun naik turun naik.. penat tau uols~ tapi , dalam penat2 , saya happy .. cuz .. sy yg jaga adik2 saya . Mungkin latihan bila saya dah besar dan belajar untuk berdikari . "sapa kata perempuan cantik tak boleyh masak?" ala2 cek lah yang kat masterchef katanya . Sakit telinga saya dengar .hikhik . :)

okay la , have a nice holiday all! sekian, ASSALAMUALAIKUM :)




LoVe , LoVe , LoVe

Assalamualaikum..
*gambar ni tiada kene mengena dengan
topik yang saya nak share :)

Cinta ? apa itu cinta ? cinta ni bermula daripada prasaan kasih & syg . Cinta ada bnyak jenis . Cinta kpd illahi or manusia .. Allah beri kita perasaan kasih syg kepada setiap hambanya ..pernah ke korang jumpa manusia yang tiada perasaan syg walaupun sedikit ? (sbenarnya nie takde kaitan dgn tajuk yg sy nak olah nie..hehe)

okay , now..
Cinta remaja .
 Ada sesiapa yang tak pernah bercinta ? (saya la tu) kita geng! Sbenarnya prasaan cinta ni slh satu ujian tau ! knp? sbb b'cinta tanpa berniat untuk menikah dengan pasangan adalah HARAM . wow, kita ni , bangga dah couple ramai .. tapi, pernh kita terfikir untuk menikahinya? Kalau awak umur sama dengan saya ,(16) jauh sangat nak fikir pasal kawin kan ? perjalanan masih jauh . dah nak cri pasangan hidup .. sapa2 pun nak cuba couple ..right ? YES! itu la dugaan . kita kena cuba lawan perasaan tu .. couple di awal remaja nie, of course kita tak fikir untuk menikahinya right ? just 4 fun? Even , budak darjah 4,5,6 nie pun dah b'couple. ni la dunia skarang . Trlebih maju kan~ kata kau! perasaan suka nie takkan dapat elak ,tapi kalau bercinta .. boleh elak .  Kalau nak bercinta , boleh .. bercinta lah dengan Allah . Minta dengan-Nya supaya memilih pasangan yang sesuai dengan kita . kan?~ Klau da jodoh , tak kemana dek oit~

p/s:Jodoh di tangan Allah , kita kena usaha .. Allah menentukan segalanya .wah!

sekian , ASSALAMUALAIKUM :)

Perempuan Baik ?

Assalamualaikum..

Macam mana dengan topik kat atas tu ? now ,saya nak share pasal "perempuan baik tak semestinya pakai tudung". Pernah dengar tak ? Mesti lah pernah kan ? Statement tu betul . perempuan baik tak semestinya bertudung. Ya betul . Tapi , menutup aurat ialah pakaian wanita solehah . Jika seseorang itu benar2 jahat , dia akan mendedahkan semula auratnya . kenapa? kerana wanita yang jahat tidak mampu memakai pakaian wanita solehah. Mungkin , orang yang mendedahkan aurat itu baik di mata manusia . tetapi , buruk pada Allah . Mendedahkan aurat itu adalah HARAM . yang mana kita nak ? baik di mata manusia atau baik pada Allah ? Orang yang mengeluarkan statement macam 2 cetek akalnya . Dia tidak fikir apa yang telah dikatakan . DALAM ISLAM, orang yang baik ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah S.W.T . adakah statement begitu hanya untuk menutupi kesalahan dilakukan dalam islam? common la~ HARAM is HARAM . Ingat , perangai yang buruk bukan alasan kita tak tutup aurat .contoh . 1)perangai buruk 2)tak tutup aurat . Kalau perangai buruk pun, at least dosa aurat dah lepas . Kalau dua2 ada dalam diri . dah jadi dua masalah . Dosa perangai , dan dosa aurat . tak ke naye~

p/s : ingatlah , pintu taubat ada di mana2 . susah dahulu senang kemudian . 

maaf jika ada terkasar bahasa . saya cuma menyampaikan apa yang perlu dijelaskan . Yang buruk dari saya , yang baik datangnya dari Allah S.W.T

sekian , ASSALAMUALAIKUM.. :)

Islam itu Indah

Assalamualaikum..

Macam mana harini ? dah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim? kalau dah alhamdulillah .. bersyukur kita masih bernyawa dan mampu menunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim/ muslimat. Islam itu mudah tetapi jangan kita permudahkan . itu yang bahaya .kan ?

So ,today , im gonna share with you satu cerita . Tapi orang lain punya cerita . Tiba2 pada satu hari 2 terdetik hati saya nak dengar radio ikim fm . best tau . macam2 topik islamic yang menarik boleh dengar . Tapi saya suka dengar pukul 5 petang , hari khamis . Time ni, diorang cerita diorang yang baru masuk islam. Intresting right ?
 Lets begin ..

Ada seorang hamba Allah ni , nama dia Chong(cina, bkan nama sbenar). Dia mula2 minat agama Islam masa dia berumur 15 tahun . Dia selalu bukak channel alkuliyyah ( ala, kat tv 3 tu) dengan jejak rasul . Bila mak dia datang dia tukar channel . Macam tu la selalu . Dia suka dengar cerita pasal nabi2 . Chong mula tertarik dengan islam . Satu hari dia beli buku tentng kisah nabi . Buku tu dia akan simpan kalau mak dia masuk bilik dia. ha! chong nie alim tau .(dalam agama diorang la ) setiap hari sembahyang.But now , time dia sembahyang je , benda yang lebih kurang macam lidi 2 , dia tak bakar .. but patahkan dan masuk dalam beg. Dalam bilik dia , Chong buang semua botol2 arak yang dijadikan hiasan . Chong jugak start tak makan babi. Ayah Chong berasa aneh dengan perubahan Chong . Buat pertama kalinya ayahnya memasuki bilik anaknya itu . Dia melihat buku buku tentang kisah nabi.Chong sentiasa mendoakan ayah dan ibunya mengizinkan supaya memasuki islam .Doa dikabulkan Allah , ayahnya tidak marah sama sekali kepada Chong dan membenarkan Chong memasuki islam. Satu hari 2 , dia pergi ke masjid . dia menangis sebab dia islam , tapi tak reti solat . dia hanya berdoa dan berdoa . dia sentiasa berdoa supaya Allah membuka pintu hati ibu dan bapanya . Dia pun mula belajar pasal islam dan cara solat daripada   ustaz . Setiap minggu dia akan datang ke rumah ustaz untuk belajar .. Walaupun dia islam , tetapi dia tidak pernah lupa untuk mendoakan agar Allah memberi hidayah kepada ibu dan bapa nya supaya memasuki islam .

p/s dari Ammar (Chong) : Orang islam yang sudah sememangnya islam sangat2 rugi kerana mereka tidak menggunakan peluang yang ada di depan mata dengan sebaik mungkin . berbeza dengan orang2 yang baru memasuki islam. Mereka merasakan ketenangan yang baru muncul dari diri mereka setelah memeluk agama fitrah ini . Orang islam yang sememangnya islam dari dulu tidak perlu mencari alasan 'belum tunggu seru'  atau 'belum tiba masa ' atau 'belum mendapat hidayah ' kerana HIDAYAH sudah ada di depan kamu. Azan juga dikira seru . Allah sememangnya telah memberi hidayah kepada umat islam . Tetapi , orang islam memperlekehkan dan buta dengan hidayah yang Allah beri kepada orang islam . Berubah lah , demi kebaikan. Insyaallah ..

sekian , ASSALAMUALAIKUM.. :)

Truly Friends

Assalamualaikum..
Alhamdulillah saya masih bernyawa . Dah baca tajuk kat atas kan ? macam mana? geli tak ? haha.. Saya memang betul sangat (bm failed klau macam nie) terharu dengan kawan2 saya . Sebab apa tau , ketika saya kalah dalam peperangan , mereka semua bangunkan saya supaya teruskan peperangan . Saya sedih sebab result saya tak macam yang saya nak . Even result saya okay , dan mereka pun cakap okay . tapi , i want straight A . Lepas ambil result , saya terus diamkan diri . kawan2 saya call saya banyak kali . sampai satu hari , berbelas belas misscall . notifi kat fb , tweets or whatever banyak ! semua tanya pasal result . and hari jumaat 22/12/2012 diorang datang rumah nak tengok keadaan saya . saya terharu sangat . diorang tak suka tengok kawan2 diorang jatuh . sama2 bangun , sama2 jatuh . Kawan baik saya Aina (nama sbenar) tak putus2 bagi nasihat kat saya . Dia dapat cemerlang . Kadang2 saya jeles jugak tengok kawan saya semua cemerlang . Diorang datang rumah and ceria kan saya . ajak saya pgi kluar .And 4 the first time after took a result, i feel im alive for a second time . I never feel that way before . Im grateful! saya syukur sbb ada kawan macam diorang . thanks sangat2 sahabat . Even saya kena pindah sekolah jauh dari negeri ni , but i'll  , must and always remember this memory of ours. Every moment I with you , I'll keep in my heart .

p/s:susah tau nak dapat kawan macam 2 , even cari kat pavilion pun belum tentu jumpa . hikhik 


Life Must Go On

LIFE MUST GO ON

assalamualaikum, 
 da lame saaaangat2 saya tak update blog nie . sekarang nie baru nak bermanja - manja dengan blog ni. ye la , busy sangat melayan suami dengan PMR . AMbil result 19/12/2012 .now, boleh la lega sikit. huh~ result . Alhamdulillah not too good,not too bad. sedang2 je. you know what , masa nak ambil result macam2 jenis memek muka ada. Ada yang sedih , ada yang gembira . Ada yang kelam kabut cuz terlalu happy . haha . (actually my friend told me, cuz i be the last who took a PMR result .LOL) tahniah kepad mereka yang mendapat straight A's dalam exam 'besar' nie. sapa2 yang tak dapat result elok tu , sabar , redha , mengucap banyak2. Allah kan ada? Dia sentiasa memberi yang terbaik untuk kita . Kalau kita dah berusaha , dan bertawakal, but still tak dapat apa yang kita nak, mesti ada benda lain yang lebih bagus untuk kita yang allah nak bagi. kan?

Saya ada seorang kawan . Dia selalu mendekatkan diri dengan Allah . macam2 solat la dia buat. Solat Dhuha, Solat tahujud , solat hajat dan sebagainya . Dia juga sering ulangkaji pelajaran .Sampailah pada hari yang ditunggu2 , result keluar . Selepas dia tengok keputusan dia , dia menangis .. Ya allah, kenapa aku tak dapat result bagus ? kenapa ? kenapa? Dia mengadu hal itu kepada kakaknya . Kenapa ina(bukan nama sebenar ,hehe) tak dapat apa yang ina nak? banyak solat ina dah buat , solat dhuha tak payah cakap la . hari2 ina buat . tapi kenapa kak ?

Kakak dia pun menjawab..
ina , ina kena faham.. Allah akan sentiasa memberi yang terbaik untuk hambanya . Allah lebih mengetahui masa depan kamu . Mungkin Dia tidak mahu kamu terlalu gembira dengan kecemerlangan kamu pada hari ini . Cuba kamu fikir , jika kamu cemerlang pada hari ini , adakah kamu akan sentiasa cemerlang pada masa depan ? jika kamu cemerlang pada hari ini, mungkin kamu akan mula merasa bongkak , atau alpa atau mungkin kamu akan tidak merasa bersyukur jika allah telah memberi kamu cemerlang . Ina , mungkin Allah mahu kamu merasa kegagalan dan cuba bangkit semula daripada kegagalan itudan bukannya kamu terus menerus menyalahkan diri kamu tanpa berubah apa2..

So, macam mana ? awak semua pon dah faham ? bila saya dengar kawan saya cerita pada saya , saya menangis . Kenapa saya tidak sedar sebelum ni ? Allah telah memberi ujian pada saya supaya saya sentiasa mengingati-Nya. Allah tidak pernah jauh dari kita . terima kasih Ya Allah kau telah membuka pintu hati aku dan menyedarkan aku melalui kawan ku. 

Kepada sesiapa yang tidak dapat apa yang dingini , terus dan teruslah memohon kepada-Nya dan bersyukur kerana Allah telah menguji kita untuk mengukuhkan iman kita . Semakin banyak dugaan yang kita tempuhi , semakin kuat iman kita . 

p/s: Jangan lupa , kita hidup di dunia hanya satu , untuk mencari keredhaan Di-sana . jika kita tidak cemerlang di sini, insyaallah kita akan cemerlang disana . 

ASSALAMUALAIKUM.. :)