BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 22, 2012

Islam itu Indah

Assalamualaikum..

Macam mana harini ? dah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim? kalau dah alhamdulillah .. bersyukur kita masih bernyawa dan mampu menunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim/ muslimat. Islam itu mudah tetapi jangan kita permudahkan . itu yang bahaya .kan ?

So ,today , im gonna share with you satu cerita . Tapi orang lain punya cerita . Tiba2 pada satu hari 2 terdetik hati saya nak dengar radio ikim fm . best tau . macam2 topik islamic yang menarik boleh dengar . Tapi saya suka dengar pukul 5 petang , hari khamis . Time ni, diorang cerita diorang yang baru masuk islam. Intresting right ?
 Lets begin ..

Ada seorang hamba Allah ni , nama dia Chong(cina, bkan nama sbenar). Dia mula2 minat agama Islam masa dia berumur 15 tahun . Dia selalu bukak channel alkuliyyah ( ala, kat tv 3 tu) dengan jejak rasul . Bila mak dia datang dia tukar channel . Macam tu la selalu . Dia suka dengar cerita pasal nabi2 . Chong mula tertarik dengan islam . Satu hari dia beli buku tentng kisah nabi . Buku tu dia akan simpan kalau mak dia masuk bilik dia. ha! chong nie alim tau .(dalam agama diorang la ) setiap hari sembahyang.But now , time dia sembahyang je , benda yang lebih kurang macam lidi 2 , dia tak bakar .. but patahkan dan masuk dalam beg. Dalam bilik dia , Chong buang semua botol2 arak yang dijadikan hiasan . Chong jugak start tak makan babi. Ayah Chong berasa aneh dengan perubahan Chong . Buat pertama kalinya ayahnya memasuki bilik anaknya itu . Dia melihat buku buku tentang kisah nabi.Chong sentiasa mendoakan ayah dan ibunya mengizinkan supaya memasuki islam .Doa dikabulkan Allah , ayahnya tidak marah sama sekali kepada Chong dan membenarkan Chong memasuki islam. Satu hari 2 , dia pergi ke masjid . dia menangis sebab dia islam , tapi tak reti solat . dia hanya berdoa dan berdoa . dia sentiasa berdoa supaya Allah membuka pintu hati ibu dan bapanya . Dia pun mula belajar pasal islam dan cara solat daripada   ustaz . Setiap minggu dia akan datang ke rumah ustaz untuk belajar .. Walaupun dia islam , tetapi dia tidak pernah lupa untuk mendoakan agar Allah memberi hidayah kepada ibu dan bapa nya supaya memasuki islam .

p/s dari Ammar (Chong) : Orang islam yang sudah sememangnya islam sangat2 rugi kerana mereka tidak menggunakan peluang yang ada di depan mata dengan sebaik mungkin . berbeza dengan orang2 yang baru memasuki islam. Mereka merasakan ketenangan yang baru muncul dari diri mereka setelah memeluk agama fitrah ini . Orang islam yang sememangnya islam dari dulu tidak perlu mencari alasan 'belum tunggu seru'  atau 'belum tiba masa ' atau 'belum mendapat hidayah ' kerana HIDAYAH sudah ada di depan kamu. Azan juga dikira seru . Allah sememangnya telah memberi hidayah kepada umat islam . Tetapi , orang islam memperlekehkan dan buta dengan hidayah yang Allah beri kepada orang islam . Berubah lah , demi kebaikan. Insyaallah ..

sekian , ASSALAMUALAIKUM.. :)

0 comments: